Tujuan untuk menyambut Hari Guru.

Soalan 8
Tujuan untuk menyambut Hari Guru.



Isi karangan:
    1.     Dapat memberi peluang kepada pelajar untuk mengenang dan membalas jasa guru
    2.     Memberi satu pentas untuk mengeratkan hubungan antara guru dengan murid
    3.     Tanda terima kasih daripada pihak sekolah kepada guru
    4.     Memberi kesedaran kepada guru agar bertanggungjawab terhadap pekerjaannya
    5.     Menghidupkan amalan menghormati guru dalam kalangan murid

Jawapan 
          Sekolah merupakan satu institusi yang nirmala untuk memupuk dan menghasilkan elit-elit yang bakal menerajui negara Malaysia. Dengan itu, guru telah diibaratkan jurutera bagi pemimpin masa hadapan negara kita. Hal ini jelas menyatakan bahawa jasa guru amat besar sebagaimana jasa ibu bapa terhadap anak. Oleh itu, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan 16 Mei sebagai Hari Guru dan mengadakan sambutan Hari Guru di setiap sekolah di negara kita.
          Antara tujuan untuk menyambut Hari Guru ialah smabutan Hari Guru memberi peluang kepada pelajar untuk membalas jasa guru yang tinggi ibarat gunung, dalam ibarat laut. Contohnya,  murid-murid dapat memberi hadiah seperti bunga, pen merah, buku nota dan seumpamnya untuk merakamkan setinggi-tinggi perhargaan kepada guru yang banyak mendidik kita menjadi modal insan yang berguna. Tindakan ini bukan sahaja akan mendidik murid menjadi seorang yang mengenang budi, malah juga memberi ganjaran untuk guru yang dihormati dan disayangi murid.
          Selain itu, sambutan Hari Guru juga memberi satu pentas untuk mengeratkan hubungan antar guru dengan murid. Hal ini demikian kerana murid berpeluang untuk berkomunikasi dan berinteraksi semasa bermain permainan yang diadakan. Misalnya, permainan bola keranjang antara murid dengan guru akan memupuk sikap kerjasama antara satu sama lain selain dapat berkongsi teknik bermain bersama. Secara tidak langsung, fenomena yang mesra dan meriah dapat dibentukkan di kawasan sekolah.
          Tambahan pula, sambutan Hari Guru bertujuan untuk memberi tanda terima kasih kepada guru daripada pihak sekolah selain daripada murid. Memang tidak dinafikan bahawa setiap orang guru perlu bertanggungjawab menjaga dan mengharumkan nama sekolah selain mendidik anak murid dengan baik. Oleh itu, pihak sekolah menggunakan peluang sambutan Hari Guru untuk menunjukkan perhargaan mereka terhadap guru dengan mengadakan jamuan ringkas pada Hari Guru.
          Manakala, sambutan Hari Guru juga mengadakan program lafaz ikrar daripada guru untuk memberi pengingatan kepada setiap guru agar tidak bersikap evasif dalam usaha mengajar murid. Melalui program ini, guru dapat mempunyai kesedaran tentang ajaran murid ialah obligasi yang tidak boleh dipermain-mainkan sahaja, malah harus dititikberatkan. Dengan itu, murid yang berpengetahuan luas dan bersopan-santun dapat dibentuk sekali gus mewujudkan pemimpin yang berwibawa bagi masa depan negara kita.
          Kesimpulannya, sambutan Hari Guru merupakan salah satu sambutan yang tidak dapat digantikan di peringkat sekolah kerana sambutan Hari Guru memberi makna yang dalam terhadap guru dan murid. Akhir kata, sambutlah Hari Guru bersama guru yang kita sayangi! 
 

Ulasan

Catat Ulasan