Kebersihan asas kesihatan

Soalan 4
Kebersihan asas kesihatan. Ulaskan pernyataan ini.

Isi karangan:
     1.     Kebersihan badan – menjauhi penyakit
     2.     Kebersihan tempat tinggal – mengelakkan tempat kediaman sebagai tempat pembiakan serangga perosak
     3.     Kebersihan persekitaran- mengurangkan pencemaran
     4.     Kebersihan minda – tidak mudah dibuai arus sonsang
     5. Kebersihan makanan- mengelakkan diri daripada keracunan makanan

Jawapan 
          Bak kata pepatah, “ Kebersihan separuh daripada imam.” Oleh itu, adalah mustahak untuk menjaga kebersihan diri dan persekitaran kerana kebersihan seseorang akan menjejaskan kesihatan seseorang. Lagipun, seseorang yang bersih akan meninggalkan impak yang positif kepada orang lain.
          Kebersihan badan amat penting kerana kita dapat menjauhi penyakit kulit seperti kudis, jerawat, bisul dan seumpamanya. Kita dapat menjaga kebersihan badan melalui mandi dengan kerap setiap hari agar kita tidak dijangkiti penyakit. Di samping itu, kita harus senantiasa menukar baju yang dicuci dan tidak berkongsi tuala dengan orang lain untuk memastikan badan kita bersih.
          Kebersihan tempat tinggal juga perlu kita titikberatkan agar tempat tinggal kita tidak menjadi tempat pembiakan serangga perosak. Lazimnya, tikus, lipas dan nyamuk suka membiak di tempat yang kotor lagi busuk. Secara tidak langsung, risiko untuk menjangkiti penyakit seperti Murine Thypus, Rat-bites fever, Leptosprosis dan sebagainya akan meningkat.
          Kebersihan kawasan persekitaran amat vital. Kesihatan rakyat akan dijejaskan sekiranya kawasan persekitaran tercemar. Misalnya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah menjalankan usaha untuk meminimumkan isu pencemaran dengan menanam pokok-pokok di sekitar Kuala Lumpur. Kita tidak harus membakar sampah sarap atau membuang sampah ke dalam sungai kerana perbuatan akan mencemari sungai dan udara.
          Kebersihan minda juga penting agar kita tidak mudah dibawa arus sonsang. Contohnya, kita harus senantiasa menjadi pegangan agama sebagai pedoman hidup agar perbuatan kita tidak melampaui norma masyarakat. Melalui pendekatan, kita tidak senang dipengaruhui dengan unsur-unsur negatif seperti unsur seks, unsur tahyul dan keganasan.Dengan itu, kesihatan kita terjamin kerana kita tidak akan terjebak dengan dadah yang merosak masa depan kita dan dijangkiti penyakit seks.
          Kebersihan makanan juga penting dalam menjaga kesihatan. Makan makanan yang tidak bersih akan mengundang masalah keracunan makanan. Contohnya, makan daging yang tidak diuruskan dengan baik akan mengakibatkan kita cirit-birit dan muntah. Pada masa yang sama, kita juga haruslah mencuci buah-buahan sebelum makan agar kesihatan kita terjamin.

          Kesimpulannya, kebersihan memainkan peranan penting dalam usaha menjaga kesihatan diri. Oleh itu, rakyat Malaysia telah digalakkan mengutamakan kebersihan diri, persekitaran dan makanan di mana-mana tempat dan pada bila-bila masa. Hal ini bukan sahaja dapat mengelakkan diri dijangkiti penyakit, malah kita dapat meninggalkan impak yang positif kepada orang lain. 

Ulasan