Karangan SPM Sebenar: Ciri-Ciri Sekolah Selamat

Ciri-Ciri Sekolah Selamat

Isi:
1. Khidmat Pengawai Keselamatan
2. Alat Pemadam Api
3. Papan Tanda Amaran


Contoh Jawapan
Sekolah merupakan satu institusi yang nirmala untuk mendidik anak-anak Malaysia menjadi seorang rakyat yang berpengetahuan luas dan berguna. Pada bulan Februari 2018, berita tentang bangunan kayu Sekolah Kebangsaan Sentosa  berlaku kebakaran dan banyak barangan berharga seperti komputer riba dan fail-fail pentadbiran. Bukan itu sahaja, blok bangunan kayu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Wallace Bay di Pulau Sebatik terbakar ketika murid sedang menduduki peperiksaan pada 13 Mei 2018. Insiden ini telah memberi kesedaran kita semua agar mengarusperdanakan isu keselamatan sekolah sedangkan isu ini akan mengugat keselamatan dan nyawa anak-anak kita. Oleh itu, pihak kerajaan khasnya Kementerian Pelajaran perlu bergading bahu dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru ibarat aur dengan tebing untuk merancang, melancarkan dan mematau aktiviti yang berorentasikan ciri-ciri sekolah selamat. Bak kata pepatah, “ Tepuk dada tanya selera.” Persoalannya, apakah ciri-ciri sekolah selamat?


Antara ciri sekolah selamat ialah sekolah perlu memiliki khidmat pengawai keselamatan yang bertanggungjawab. Dengan memiliki pengawai keselamatan, mereka akan mengalas amanah untuk memastikan sesiapa yang memasuki alma mater adalah memiliki tujuan yang baik sahaja. Bukan itu sahaja, mereka juga akan sentiasa memberi fokus sepenuhnya untuk memastikan setiap warga sekolah tidak dicedera oleh orang lain. Mereka perlu menampilkan ke hadapan sekiranya berlaku ibu bapa atau penjaga yang mengamuk dan memukul cikgu atau murid untuk menjaga keselamatan mereka. Namun begitu, pihak sekolah perlu mendapatkan pengawai keselamatan yang beramanah dan memiliki sistem keselamatan yang bersepadu agar situasi seperti harap pagar pagar makan padi dapat dielakkan. Pihak sekolah perlu memasang alat televisyen litar tutup untuk mengawasi keadaan sekolah dan memastikan setiap orang yang memasuki sekolah perlu dikesan identitinya. Oleh itu, sudah terang lagi bersuluh bahawa perkhidmatan pengawai keselamatan perlu diwujudkan di setiap sekolah untuk menjaga keselamatan murid.
Selain itu, alat pemadam api merupakan kemudahan asas yang perlu dimiliki oleh setiap sekolah. Hal ini demikian kerana kebakaran merupakan salah satu kemalangan yang sering berlaku di sekolah khasnya di luar bandar. Bak kata, “ Kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang.” Kebanyakan kebakaran yang berlaku di kawasan sekolah adalah disebabkan bangunan yang usang dan lama tidak diperbaharui, kecuaian ketika melakukan eksperimen di makmal dan sebagainya. Sebagai langkah preventif, pihak sekolah perlu menyediakan alat pemadam api di setiap bangunan supaya dapat memberi bantuan kecemasan pada masa yang paling singkat. Bukan itu sahaja, pihak sekolah perlu bersikap seperti sediakan payung sebelum hujan dengan memastikan semua pemadam api boleh berfungsi dan sedia digunakan. Tindakan ini perlu dilaksanakan dengan betul kerana pemadam api tidak dapat digunakan pada masa yang diperlukan akan menyebabkan lebih banyak kemalangan yang kita tidak dapat jangka. Jadi, ciri-ciri sekolah yang selamat ialah sekolah perlu mempunyai pemadam api di
Tambahan pula, papan tanda amaran perlu didirikan di setiap pelosok sekolah yang berisiko. Hal ini dapat membantu warga sekolah berhati-hati semasa melalui tempat tersebut kerana banyak kemalangan seperti pokok tumbang, kemunculan ular dan lebah, gol tiang tumbang dan sebagainya mempunyai kemungkinan berlaku di sekitar kawasan persekolahan. Misalnya, berita berasal dari Astro Awani tentang seorang pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indera Petra 2 maut ditimpa tiang gol tumbang pada Julai 2016. Fenomena ini telah meningkatkan kesedaran dan kebimbangan dalam kalangan masyarakat sehingga ke akar umbi rakyat. Oleh sebab itu, kita dapat mengelakkan kemalangan berlaku sekiranya kita menyatakan papan tanda amaran di kawasan yang berbahaya kerana kata pujangga , “mencegah lebih baik daripada merawat”. Bukan itu sahaja, pihak sekolah khasnya pekerja sekolah perlu senantiasa melaporkan kepada pihak pentadbir tentang isu keselamatan kawasan tersebut kalau mendapati kawasan itu berisiko tinggi akan berlaku kemalangan. Pada masa yang sama, pihak sekolah juga perlu turun padang untuk menyemak, membaiki dan menukar apa yang sudah usang atau berkarat. Rentetan itu, kemalangan sebegini tidak akan berlaku lagi di sekolah tersebut sebagaimana peribahasa berbunyi “ Pisang tidak akan berbuah dua kali.” Jelasnya, papan tanda amaran perlu didirikan di setiap penjuru sekolah yang berbahaya untuk memberi peringatan kepada warga sekolah.
Kesimpulannya, ciri-ciri sekolah yang selamat perlu diwujudkan oleh setiap sekolah dengan kolabrasi bersama-sama pihak ibu bapa, sekolah, masyarakat dan kerajaan ibarat ringan sama dijinjing , berat sama dijunjung agar keselamatan anak-anak kita dapat terjamin.

Ulasan

  1. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pencipta blog ini ini kerana maklumat yang ada di sini amat membantu saya.Saya berharap blogspot ini akan berkembang maju dalam kalangan pelajar SPM.

    BalasPadam
  2. Terima kasih , ia banyak membantu

    BalasPadam

Catat Ulasan