Langkah memupuk amalan membaca(kerajaan)

Masyarakat Malaysia tidak gemar membaca. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang patut dijalankan oleh kerajaan bagi melahirkan masyarakat yang gemar membaca?

Isi karangan:
    1.     Mengadakan kempen membaca kebangsaan
    2.     Sistem peperiksaan lama perlu diubah suai kepada sistem pendidikan berorientasikan     pengetahuan
    3.     Kemudahan perpustakaan perlu diperbanyakkan
    4.     Pihak sekolah perlu menjalankan program bacaan meluas 
    5.     Pihak kerajaan perlu mengurangkan cukai pendapatan kepada rakyat yang membeli buku

Jawapan 
          Slogan yang berbunyi, “ Membaca Amalan Mulia.” Oleh itu, membaca merupakan satu amalan yang perlu kita amalkan dalam kehidupan seharian. Namun begitu, rakyat Malaysia pada hari ini lebih menyukai menunduk kepala untuk melihat telefon bimbit mereka berbanding mengangkat senaskah surat khabar atau buku untuk membaca. Dengan itu, pihak kerajaan harus mengambil inisiatif untuk membudayakan amalan membaca dalam kalangan rakyat Malaysia sedangkan membaca ialah hobi yang berfaedah.
          Antara langkah yang perlu dijalankan oleh pihak kerajaan ialah pihak kerajaan perlu mengadakan kempen membaca kebangsaan. Melalui kempen kesedaran, rakyat dapat mengenali kepentingan membaca dan faedah yang diperoleh sekiranya membaca. Dengan itu, rakyat amat minat dengan membaca sekali gus menjadikan membaca sebagai amalan seharian. Bak kata pepatah, “ tak kenal maka tak cinta.”
          Selain itu, sistem pendidikan yang terlalu bertemakan peperiksaan harus digubah suai menjadi sistem pendidikan yang berorientasikan pengetahuan. Misalnya, pelaksaan sistem pentaksiran berasaskan sekolah(PBS) telah menggalakkan murid berfikir daripada menghafal apa yang diterangkan di buku teks. Oleh itu, murid-murid telah digalakkan membaca selalu untuk menimba ilmu pengetahuan agar dapat menyelesaikan soalan yang memerlukan pemikiran logic.
          Tambahan pula, kemudahan perpustakaan perlu dibanyakkan di setiap penjuru Malaysia agar rakyat Malaysia dapat merebut peluang untuk meminjam buku membaca. Oleh itu, pihak kerajaan boleh bergading bahu dengan pertumbuhann swasta untuk membina dan menjayakan projek pembinaan pusat sumber mini di setiap daerah. Lagipun, perpustakaan bergerak di luar bandar juga boleh diaktifkan untuk mengurangkan kadar buta huruf di luar bandar.
          Pada masa yang sama, pihak kerajaan boleh mengurangkan cukai pendapatan terhadap rakyat yang gemar membaca. Contohnya, pihak kerajaan boleh mengurang cukai pendapatan seseorang rakyat berdasarkan wang yang diperuntukkan untuk membeli buku. Hal ini dapat merangsangkan masyarakat Malaysia membaca selain dapat mengelakkan pembaziran apabila buku dibeli tidak membaca.
          Akhir kata, amalan membaca perlu dimasyarakatkan oleh pihak kerajaaan dari semasa ke semasa kerana amalan membaca mendatang seribu satu keafdalan. Pihak kerajaan harus melangkau langkah pertama ke hadapan agar dapat menjadi modal kepada pihak swasta lain untuk mengembangkan budaya membaca ke akar umbi rakyat.

Ulasan

Catat Ulasan