Soalan 8
Tujuan untuk menyambut Hari Guru.
Isi karangan:
1.
Dapat
memberi peluang kepada pelajar untuk mengenang dan membalas jasa guru
2.
Memberi
satu pentas untuk mengeratkan hubungan antara guru dengan murid
3.
Tanda
terima kasih daripada pihak sekolah kepada guru
4.
Memberi
kesedaran kepada guru agar bertanggungjawab terhadap pekerjaannya
5.
Menghidupkan
amalan menghormati guru dalam kalangan murid
Jawapan
Sekolah
merupakan satu institusi yang nirmala untuk memupuk dan menghasilkan elit-elit
yang bakal menerajui negara Malaysia. Dengan itu, guru telah diibaratkan
jurutera bagi pemimpin masa hadapan negara kita. Hal ini jelas menyatakan
bahawa jasa guru amat besar sebagaimana jasa ibu bapa terhadap anak. Oleh itu,
pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan 16 Mei sebagai Hari Guru
dan mengadakan sambutan Hari Guru di setiap sekolah di negara kita.
Antara
tujuan untuk menyambut Hari Guru ialah smabutan Hari Guru memberi peluang
kepada pelajar untuk membalas jasa guru yang tinggi ibarat gunung, dalam ibarat
laut. Contohnya, murid-murid dapat memberi
hadiah seperti bunga, pen merah, buku nota dan seumpamnya untuk merakamkan
setinggi-tinggi perhargaan kepada guru yang banyak mendidik kita menjadi modal
insan yang berguna. Tindakan ini bukan sahaja akan mendidik murid menjadi
seorang yang mengenang budi, malah juga memberi ganjaran untuk guru yang
dihormati dan disayangi murid.
Selain itu, sambutan Hari Guru juga memberi satu pentas untuk mengeratkan hubungan antar guru dengan murid. Hal ini demikian kerana murid berpeluang untuk berkomunikasi dan berinteraksi semasa bermain permainan yang diadakan. Misalnya, permainan bola keranjang antara murid dengan guru akan memupuk sikap kerjasama antara satu sama lain selain dapat berkongsi teknik bermain bersama. Secara tidak langsung, fenomena yang mesra dan meriah dapat dibentukkan di kawasan sekolah.
Tambahan
pula, sambutan Hari Guru bertujuan untuk memberi tanda terima kasih kepada guru
daripada pihak sekolah selain daripada murid. Memang tidak dinafikan bahawa
setiap orang guru perlu bertanggungjawab menjaga dan mengharumkan nama sekolah
selain mendidik anak murid dengan baik. Oleh itu, pihak sekolah menggunakan
peluang sambutan Hari Guru untuk menunjukkan perhargaan mereka terhadap guru dengan
mengadakan jamuan ringkas pada Hari Guru.
Manakala,
sambutan Hari Guru juga mengadakan program lafaz ikrar daripada guru untuk
memberi pengingatan kepada setiap guru agar tidak bersikap evasif dalam usaha
mengajar murid. Melalui program ini, guru dapat mempunyai kesedaran tentang
ajaran murid ialah obligasi yang tidak boleh dipermain-mainkan sahaja, malah
harus dititikberatkan. Dengan itu, murid yang berpengetahuan luas dan
bersopan-santun dapat dibentuk sekali gus mewujudkan pemimpin yang berwibawa
bagi masa depan negara kita.
Kesimpulannya,
sambutan Hari Guru merupakan salah satu sambutan yang tidak dapat digantikan di
peringkat sekolah kerana sambutan Hari Guru memberi makna yang dalam terhadap
guru dan murid. Akhir kata, sambutlah Hari Guru bersama guru yang kita sayangi!
|
saya sangat suka laman web ini.
BalasPadamSuka karangan ini
BalasPadamYeah
BalasPadamI LIKE IT
BalasPadamhebat betol~
BalasPadamblog ini memberi faedah yang banyak kepada saya .....????????
BalasPadammenarik
BalasPadamWeb ini bagus
BalasPadamSaya suka
BalasPadam