Soalan
9
Kelebihan dan kebaikan buah-buahan tempatan
Isi
karangan:
1. Buah-buahan
tempatan kaya dengan zat
2. Merangsang
industri pelancongan
3. Harga
buah-buahan tempatan lebih murah
4. Menambah
pendapatan negara
Jawapan
Buah-buahan tempatan merupakan buah-buahan yang paling
hangat di pasaran negara kita khususnya buah durian. Hal ini demikian kerana
buah-buahan tempatan lebih berkualiti dan membawa banyak kebaikan terhadap kita
berbanding dengan buah-buahan eksport yang mahal. Bak kata pepatah, “ Tepuk
dada Tanya selera.” Persoalannya, apakah kebaikan yang dibawa oleh buah-buahan
tempatan ?
Antara
kebaikan buah-buahan tempatan ialah buah-buahan tempatan lebih berkhasiat dan
segar. Hal ini demikian kerana buah-buahan tempatan ialah buah-buahan yang
ditanam di negara sendiri. Oleh itu, kita dapat merasai buah-buahan yang segar
dipetik dan lazat. Berbanding dengan buah-buahan eksport, buah-buahan tempatan
lebih berzat kerana buah-buah tempatan tidak perlu menjalani proses eksport
yang memakan masa.
Selain
itu, buah-buahan tempatan juga memacu industri pelancongan di negara kita.
Misalnya, semasa musim durian, banyak pelancong dari luar negara akan
berkunjung ke negara kita untuk merasai keenakan buah durian. Tindakan ini
telah memberi pendapatan kepada peladang-peladang buah-buahan tempatan sekali
gus juga memperkenalkan buah-buahan tempatan ke mata dunia.
Di samping
itu, buah-buahan tempatan juga dapat menambahkan pendapatan negara. Melalui
eksport buah-buahan tempatan ke luar negara, negara kita mengaut keuntungan
yang banyak. Hal ini demikian kerana banyak pengunjung luar negara mengemari buah-buahan
tempatan negara kita sehingga rela menggunakan duit untuk melancong ke watan
kita untuk menikmati kelazatan buah-buahan tempatan.
Tambahan
pula, harga buah-buahan tempatan lebih rendah berbanding dengan buah-buahan yang
diimport. Aspek ini telah menarik perhatian rakyat yang berpendapatan sederhana
untuk memilih buah-buahan tempatan. Pada masa yang sama, buah-buahan tempatan
boleh didapati di mana-mana sahaja dan segar dimakan.
Kesimpulannya,
memang tidak dinafikan bahawa buah-buahan tempatan mempunyai kelebihan sendiri
berbanding dengan buah-buahan yang diimport. Oleh itu, kita haruslah menyokong
barang buatan negara sendiri dengan membeli buah-buahan tempatan. Akhir kata,
buah-buahan tempatan haruslah menjadi buah-buahan pertama yang dipilih di hati
setiap anak Malaysia.
>>Karangan Panjang: Kelebihan buah-buahan Versi 2019
>>Karangan Panjang: Kelebihan buah-buahan Versi 2019
Kenapa pelancong digunakan BANYAK bukan RAMAI
BalasPadamBuah
BalasPadamBagus sangat hehe
BalasPadamTerima kasih. Kalau anda hendak karangan umum style, boleh rujuk kat https://spmsos.blogspot.com/2020/02/soalan-lisan-karangan-rangsangan.html
Padamnice
BalasPadamNicely done 👍👌👌👌👌👌
Terima kasih.
Padam