Karangan BM Percubaan Negeri Perlis 2019
Karangan Rangsangan SPM: Cara Remaja Menjaga Nama Baik Diri Sendiri
Soalan: Huraikan pendapat anda tentang cara remaja menjaga nama baik diri sendiri. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
Mutakhir ini, secara langsung atau tidak langsung terlalu dihidangkan dengan sains dan teknologi, masyarakat mudah terpengaruh dengan kata-kata orang lain sebelum mengenal pasti kebenaran isu itu sama ada khabar angin ataupun perkara yang benar. Lantaran itu, remaja yang dikenali sebagai tonggak masa depan negara kita seyogianya menjaga nama mereka dengan tidak melakukan apa-apa yang boleh menconteng arang di muka diri sendiri. Ungkapan William Shakespeare yang menyatakan bahawa “Apa erti sebuah nama? Yang kita sebut mawar dari orang lain baru berbau harum.” telah mencerminkan nama yang baik memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita. Dengan kata lain, remaja perlu memikul obligasi untuk menjaga nama baik sendiri demi hari muka diri sendiri.
Antara mekanisme untuk menjaga nama baik diri sendiri ialah kita mesti menjaga penampilan diri. Umum mengetahui bahawa kecantikan fizikal ialah unsur yang penting bagi meninggalkan tanggapan pertama kepada orang lain. Senario ini bertepatan dengan kata penulis novel terkenal, Andrew Grant yang menjelaskan bahawa “tiada peluang kedua untuk mendapat tanggapan pertama baik.” Penampilan diri yang baik juga menunjukkan personaliti seseorang beradap kerana menunjukkan penampilan diri yang baik juga merupakan salah satu tanda penghormataan kepada orang lain. Sebagai remaja yang lagi lebai lagi berjanggut, kita perlu mementingkan kebersihan diri dan pemakaian seharian dengan mandi setiap hari, memakai baju yang bersesuaian dengan keadaan, memberus gigi dua kali sehari dan sebagainya untuk memastikan kecantikan fizikal ialah selesa dilihat dan digaul bersama. Izharnya, penampilan diri ialah unsur penting untuk menjaga nama baik diri kerana penampilan diri yang kemas akan memberi tanggapan dan penghormatan asas kepada orang lain.
Menurut Kutub al-Sittah Sahih al-Bukhari, “Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, hendaklah dia berkata yang baik atau diam.” Petikan ayat dari Kutub al-Sittah menunjukkan tutur kata kita seharian adalah penting untuk menjaga nama baik kita diri sendiri. Hal ini demikian kerana lidah kita bukan sahaja dapat dijadikan perancah untuk menjalin hubungan silaturahim rapat ibarat isi dengan kuku dengan orang, malah juga dapat menikam sanubari orang lain dengan menyatakan apa-apa yang dapat memburukkan nama orang lain. Tamsilnya, kita boleh menggunakan bahasa yang sopan seperti banyak mengucapkan terima kasih sebagai tanda penghargaan atas bantuan orang lain dan meminta maaf sekiranya melakukan apa-apa kesalahan. Jangan kita bersikap biadab dan kurang ajar dalam pergaulan seharian dengan mengejek rakan semasa mereka menghadapi kemelut dalam kehidupan. Tindakan ini dapat mengharumkan nama kita kerana kita akan mendapat penghormataan daripada orang lain di samping dapat menunjukkan kita seorang yang bersikap sopan dan ramah. Jadi, sering memerhati percakapan seharian juga dapat meningkatkan nama seseorang khasnya remaja kerana remaja dasawarsa ini lebih cenderung untuk berkongsi apa-apa mengikut hawa nafsu sendiri.
Dari sudut kodifikasi yang berbeza, kita sebagai harapan negara masa depan perlu meletakkan batasan pergaulan kita seharian dengan memilih rakan dengan cermat dan berfikir panjang. Ada slogan yang berbunyi, “Pergaulan yang baik akan saling mendukung perbuatan baik inspirasi bahagia”. Slogan ini telah memanifestasi bahawa pergaulan yang berhemah akan mengharumkan nama diri sendiri kerana kita tidak akan dibawa gejala sosial yang akan merosot masa depan kita. Oleh itu, kita perlu bijak memilih rakan dengan menjauhi rakan yang melibatkan diri dalam masalah sosial atau bersifat biadab. Hal ini demikian kerana kita perlu bersifat mementingkan diri sendiri seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing untuk melindungi kebajikan diri sendiri. Contohnya, rakan yang sesat dalam gejala berjudi kita perlu menjauhi mereka sedangkan kita akan menjadi mangsa mereka kerana mereka bukan sahaja akan meminjam duit daripada kita, malah mungkin akan mengajak kita berjudi sekali. Sebaliknya, kawan yang berhemah tinggi akan mengundang kita untuk melakukan sesesuatu yang membawa seribu satu keafdalan terhadap kita seperti menjalankan belajar secara berkumpulan. Jelas untuk menyatakan bahawa pergaulan dengan cermat dapat mengelakkan diri dalam menjalankan perkara yang akan memburukkan nama baik kita selain dapat membantu kita untuk menambahbaikkan diri sendiri.
Intihannya, nama baik remaja perlu dijaga dan diketengahkan oleh setiap pemuda-pemudi negara kita sedangkan nama diri merupakan jenama diri sendiri semasa menjejak kaki ke masyarakat. Oleh itu, remaja hari ini perlu mementingkan dan mengharumkan nama diri dengan sentiasa memberi fokus kepada penampilan diri, tutur kata dan pergaulan seharian kerana benih yang baik dilemparkan ke darat menjadi permata yakut yang bersinar cemerlang, dilemparkan ke laut menjadi pulau penuh khazanah. Bukan itu sahaja, nama baik diri sendiri juga akan mendatangkan kemaslahatan kepada diri sendiri kerana remaja akan diberi banyak peluang untuk berjaya sedangkan kita akan menjadi pilihan utama dalam hati ibu bapa, guru dan pemimpin. Fenomena ini dapat memperluas horizon pengalaman kita yang akan menjadi kunci kejayaan pada hari muka.
(729 Patah Perkataan)
Ulasan
Catat Ulasan