N9- Karangan Rangsangan : Usaha2 Memupuk Perpaduan dalam kalangan Murid

Kertas Percubaan SPM
N9- Karangan Rangsangan : Usaha2 Memupuk Perpaduan dalam kalangan Murid



Isi Karangan:
1. Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
2. Melalui mata pelajaran seperti Sejarah, dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
3. Kegiatan Kokurikulum

Jawapan
Sejak 31 Ogos 1956, penduduk  yang terdiri daripada rakyat yang heterogen dapat hidup secara aman dan damai. Walaupun menyedari hakikatnya bahawa rambut sama hitam, hati lain-lain, namun kita anak Malaysia dapat tinggal di negara Malaysia dengan madaini dan sakinat. Hal ini demikian kerana wujudnya semangat perpaduan yang kukuh dalam sanubari rakyat masing-masing. Oleh itu, adalah obligasi kita untuk memperkukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan anak Malaysia khasnya murid-murid kerana murid-murid hari ini pemimpin masa depan nanti. Namun begitu, apakah cara yang paling efektif untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan murid?
Antara mekanisme untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid ialah kita perlu menggalakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah. Pihak sekolah boleh menetapkan setiap guru menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tindakan ini diibarakatkan menyelam sambil terminum air sebab langkah ini dapat memberi manfaat kepada murid bukan dari segi sosial, malah segi akademik pada masa depan. Pendekatan ini bukan sahaja dapat memberi peluang untuk murid mengasah pertuturan mereka dalam bahasa Melayu malah dapat memberi keyakinan kepada mereka bergaul dengan kaum lain. Hal ini demikian kerana bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan tanah tumpah darah kita dan perlu dibelajari oleh setiap murid. Izharnya, perpaduan dapat dibentuk melalui pengantaran Bahasa Melayu dalam pengaulan seharian.
Selain itu, perpaduan juga dapat dimasyarakatkan dalam kalangan murid melalui mata pelajaran seperti Sejarah, dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Melalui subjek Sejarah, murid-murid dapat memahami dan mendalami kisah-kisah perjuangan wira kebangsaan tanah air kita. Uslub ini akan menyemarakkkan semangat cinta akan negara dalam atma murid-murid selain dapat menerapkan semangat yang terkobar-kobar seperti biar putih tulang, jangan putih tulang dalam atma remaja hari ini. Bukan itu sahaja, murid-murid juga dapat mengetahui adat, budaya dan pantang larang kaum lain semasa belajar subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Kaedah ini dapat mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan faham antara kaum sekiranya mereka bersahabat. Jadi, subjek Sejarah, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dapat membantu dalam usaha memupuk semangat perpaduan dalam kalangan murid.
Tambahan pula, murid boleh menjadi lebih bersatu padu sekiranya mereka giat menyertai aktiviti kokurikulum yang dijalankan. Aktiviti kokurikulum merupakan aktiviti yang perlu disertai oleh para pelajar kerana aktiviti kokurikulum menyediakan satu pentas untuk murid-murid bergaul dengan murid-murid lain selain mendidik murid ilmu yang tidak dapat dipelajari di dalam buku teks. Hal ini demikian kerana murid-murid akan berinteraksi dan berkomunikasi dengan  ahli kumpulan lain tanpa mengira kaum dan bangsa. Persisnya, ahli pengakap akan bekerjasama seperti aur dengan tebing semasa mendirikan khemah dengan ahli kumpulan masing-masing semasa menyertai aktiviti perkhemahan bersama. Bukan itu sahaja, tanggapan mereka terhadap antara satu sama lain akan berubah baik sekiranya mereka menjalin hubungan tanpa mengira kaum. Secara tidak langsung, suasana yang harmoni dapat diwujudkan.
Kesimpulannya, semua pihak perlu bergading bahu untuk memupuk semangat perpaduan dalam jiwa murid-murid kerana perpaduan merupakan ramuan utama untuk megecapi Wawasan 2020. Hal ini demikian kerana murid-murid hari ini bakal mencorakkan masa depan negara kita. Oleh itu, adalah penting untuk mewujudkan remaja yang sehati sejiwa demi hari muka negara kerana bersatu kami teguh, bercerai kami runtuh.

Ulasan