Manfaat melibatkan diri secara aktif dalam pasukan badan beruniform

Soalan 10
Manfaat melibatkan diri secara aktif dalam pasukan badan beruniform

Isi Karangan
    1.      Dapat mengenali lebih banyak rakan
    2.     Dapat mendisiplinkan diri sendiri  
    3.     Dapat mempelajari kemahiran hidup asas
    4.     Dapat memupuk semangat kerjasama antara satu sama lain

    5.     Dapat menimba pengalaman hidup tidak ternilai

   Jawapan
          Marcapada ini, pihak kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia telah mendorong remaja pada hari ini yang bakal menerajui negara untuk giat menyertai aktiviti kokurikulum. Secara terperinci, aktiviti kokurikulum dibahagikan kepada 3 bahagian, iaitu bahagian sukan, bahagian badan beruniform dan bahagian kelab serta persatuan. Nelson Mandela pernah berkata, “Jika hendak melihat sesebuah negara, lihatlah generasi mudanya.”Oleh itu, adalah mustahak untuk mengalakkkan remaja agar melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum khasnya bahagian badan beruniform kerana menyertai aktiviti tersebut akan melengkapkan  remaja pada hari ini ilmu dan kemahiran dalam usaha membangun negara pada hari muka. Bak kata pepatah, “ Tepuk dada tanya selera.” Persoalan yang menjadi tanda tanya, “ apakah manfaat yang diperoleh sekiranya seseorang murid giat menyertai dalam pasukan badan beruniform?

          Antara kebaikan giat menyertai dalam pasukan badan beruniform ialah kita dapat mendisiplinkan diri agar tidak melakukan sesuatu perkara yang sia-sia sahaja seperti menghitung bulu kambing. Hal ini demikian kerana remaja yang terlibat dalam aktiviti kawat kaki akan perlu melakukan arahan yang diberi oleh ketua pasukan dan tidak boleh mengingkari arahan ketua mereka. Misalnya, kadet dalam pasukan kawat tidak boleh bercakap atau makan dalam pasukan semasa aktiviti kawat dijalankan. Melalui latihan tersebut, kadet dapat melatih jati diri agar tidak terikut-ikut hawa nafsu sendiri dengan sewenang-wenangnya dalam melakukan sesuatu. Secara tidak langsung, seseorang kadet dapat mengawal diri dengan baik dan akan melaksanakan perbuatan berlandaskan norma masyarakat dan undang-undang .Impaknya, remaja tidak mudah dibuai oleh arus sonsang ibarat kapal tiada nahkota sekali gus dapat meminimumkan gejala sosial di negara kita. Jadi, remaja yang giat menyertai dalam pasukan badan beruniform dapat mendisiplinkan diri agar tidak membuat tindakan yang membawa malu ibarat menconteng arang di muka sendiri terhadap negara.
         
Di samping itu, remaja juga mempelajari kemahiran hidup asas semasa mereka menyertai kem atau aktiviti perkhemahan yang dianjurkan oleh pasukan badan beruniform. Misalnya, ahli pasukan Bulan Sabit Merah ataupun pasukan ST John akan mempelajari kemahiran asas untuk membuat pertolongan cemas tatkala mereka menyertai latihan tersebut. Dengan memiliki kemahiran tersebut, mereka dapat menolong sesiapa yang cedera atau pengsan pada masa pertama semasa menunggu kedatangan ambulans. Tanpa disedari, kita dapat menyelamatkan nyawa seseorang sekiranya kita melakukan pertolongan cemas yang sesuai dan baik terhadap pesakit. Manakala, ahli pengakap pula dapat melengkapkan diri dengan ilmu menyelamatkan diri seperti kemahiran memasak di hutan, kemahiran ikatan dan tali, kemahiran membuat gajet dan sebagainya sebagai mekanisme yang bercorak sediakan payung sebelum hujan semasa menghadapi situasi sesat jalan di hutan ataupun terperap di tempat bencana alam. Walaupun kemahiran yang dipelajari tatkala kita aktif dalam pasukan badan beruniform tidak berguna semasa kita belajar, namun kemahiran akan menjadi kunci vital kepada kita semasa kita menghadapi kesusahan. Janganlah kita bersikap seperti ombak kecil jangan tidak disangka tiada semasa dididik kemahiran ini. Izharnya, kita dapat mempelajari kemahiran yang berguna sekiranya kita aktif dalam aktiviti badan beruniform.

          Tambahan pula, remaja dapat memupuk semangat kerjasama antara satu sama lain dengan aktif dalam pasukan badan beruniform. Tidak dapat disangkalkan bahawa pasukan badan beruniform merupakan satu organisasi yang besar dan memerlukan kolabrasi untuk menjayakan sesebuah badan beruniform. Persisnya, aktiviti suai kenal yang dianjurkan oleh pasukan badan beruniform adalah untuk memberi satu pentas kepada setiap ahli yang setahun jagung untuk mengenali antara satu sama lain. Tindakan ini penting kerana seseorang ahli akan sayang dan sedia berkhidmat  untuk badan beruniform sekiranya setiap ahli mengetahui badan beruniform secara mendalam sebab “ tak kenal maka tak cinta.” Bukan itu sahaja, semangat sinergi ibarat aur dengan tebing dapat dilahirkan melaui penglibatan diri dalam aktiviti perkhemahan yang diadakan oleh pasukan badan beruniform. Dalam kem pasukan badan beruniform, ahli akan menghadapi kekangan bersama-sama dan menyelesaikan kemelut bersama-sama tanpa mengira kaum, bangsa dan umur. Misalnya, ahli dikenakan untuk mengharungi aktiviti merentas rimba yang memerlukan kerjasama antara ahli. Ahli yang berjaya perlu membantu dan memberi dorongan kepada ahli yang belum merentasi halangan tersebut. Tindakan ini bukan sahaja dapat melahirkan keyakinan ahli yang belum mengharungi, malah dapat mewujudkan semangat kerjasama dan  kepercayaan antara ahli. Bak kata pepatah, sudah terang lagi bersuluh bahawa semangat kerjasama dapat dipupuk dalam sanubari remaja sekiranya remaja terlibat dalam aktiviti pasukan badan beruniform.
         
           Sebagai penutup kata pemanis bicara, bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa aktiviti kokurikulum khasnya pasukan badan beruniform memainkan peranan yang signifikan dalam bahtera hidup seseorang remaja. Lantaran itu, ibu bapa, pihak sekolah, pihak kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran dan Kementerian Sukan dan Belia perlu turun padang untuk memberi pendedahan dan dorongan kepada remaja hari ini tentang kemaslahatan aktiviti kokurikulum demi masa hadapan negara kita yang kita cintai kerana “tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.” Bukan itu sahaja, semangat tinggi setinggi Gunung Everest, seluas Banjaran Himalaya, sedalam Jurang Mariania perlu kita punyai untuk merelisasikan impian kita iaitu satu murid, satu badan beruniform dan bukan hanya menundingkan jari antara satu sama lain. Wahai anak-anak Malaysia, sertai badan beruniform yang disukai untuk menunaikan impian negara ke arah negara yang berpendapatan tinggi. Malaysia Boleh!
    


Ulasan