Sebab kompleks membeli-belah menjadi tumpuan ramai

Soalan 5
Kompleks membeli-belah menjadi tumpuan orang ramai. Pada pendapat anda, mengapakah keadaan ini berlaku?

 Isi karangan:
1.     Pelbagai barang dan perkhidmatan terdapat di satu bangunan
2.     Barangan yang berjenama serta bermutu terdapat di kompleks beli-belah.
3.     Kompleks beli-belah lebih selesa berbanding membeli-belah di pasar
4.     Jualan murah selalu diadakan di situ
5.     Terdapat pusat hiburan untuk menarik perhatian pemuda-pemudi

Jawapan
          Kompleks membeli-belah telah menjadi tempat tumpuan remaja di bandar  pada hari ini. Oleh itu, pertubuhan kompleks membeli-belah ibarat cendawan tumbuh selepas hujan telah menjadi fenomena yang baru di setiap bandar di dalam negara kita. Bak kata pepatah, “ Tepuk dada tanya selera.” Persoalannya, kenapa pusat membeli-belah merupakan pilihan pertama di hati rakyat Malaysia sedangkan pasar membekalkan lebih banyak bahan mentah yang segar lagi murah?
          Antara sebabnya ialah pusat kompleks mmebeli-belah membekalkan lebih banyak barangan dan perkhidmatan di dalam sebuah bangunan sahaja. Contohnya, kita dapat membeli barang keperluan kita di pusat membeli-belah di samping kita juga dapat membuat servis telefon kita. Hal ini dapat menjimatkan masa kerana kita tidak perlu pergi ke bangunan lain untuk membuat urusan.
          Selain itu, pusat membeli-belah menjual barang yang berjenama dan bermutu. Pilihan yang luas berbanding dengan kedai runcit atau kedai serbaneka menarik perhatian pembeli untuk mengunjung pusat membeli belah. Lagipun, kita juga dapat membeli barang berjenama di pusat kompleks membeli-belah seperti baju berjenama Polo, Body Glove, Blue Tom dan sebagainya. Hal ini berbeza dengan kedai baju yang mengehadkan barang tersebut untuk satu dua jenama sahaja.
          Di samping itu, pusat membeli-belah lebih selesa dan digemari ramai. Hal ini demikian kerana penyaman udara yang dipasang di pusat membeli-belah menyegarkan agar pengunjung tidak berasa panas dan segar. Bukan itu sahaja, pusat membeli-belah juga membekalkan tempat letak kereta yang luas untuk memudahkan kita meletakkan barang yang dibeli di dalam kereta.        
          Tambahan pula, pusat membeli-belah akan mengadakan jualan murah menjelang musim perayaan. Hal ini juga merangsang minat pengguna berkunjung ke pusat membeli-belah untuk berbelanja. Makanan, baju dan barang keperluan diberi diskaun bukan sahaja dapat membawa keuntungan kepada kompleks membeli-belah, malah pembeli dapat membeli barang yang diperlukan dengan harga yag murah sekali.
          Lebih-lebih lagi, pemuda-pemudi zaman atom ini gemar berkunjung ke pusat membeli-belah kerana pusat membeli-belah mempunyai rencaman pusat hiburan. Antaranya panggung wayang, pusat karaoke dan pusat permainan juga dibina di dalam kebanyakan pusat membeli-belah. Dengan itu, remaja dapat berhibur bersama rakan mereka dengan hiburan yang disediakan.
          Kesimpulannya, kompleks membeli-belah menjadi tumpuan orang ramai kerana pusat membeli belah membekalkan pelbagai barang dan perkhidmatan di dalam satu bangunan selain barang yang dijual adalah bermutu dan berjenama. 

Ulasan