Langkah mengatsi masalah pengabaian warga tua

Soalan 3
Masalah pengabaian terhadap warga tua perlu diatasi. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu dijalankan bagi menangani masalah ini?


Isi karangan:
     1.     Menitikberatkan mata pelajaran Pendidikan Islam
     2.     Badan-badan sukarela haruslah menggalakkan warga tua untuk melahirkan potensi
     3.     Pihak kerajaan dan swasta perlu mengambil warga tua yang bersara
     4.     Kursus perkahwinan juga perlu diberi kepada setiap pengantin baru
     5.      Pihak kerajaan perlu mengambil insiatif dari segi pengurusan cukai pendapatan


Jawapan 
          Warga emas merupakan aset yang tidak ternilai dalam sesebuah negara. Namun begitu, banyak keluarga di negara Malaysia menggangap orang tua adalah menyusahkan kerana orang tua memerlukan jagaan yang rapi baik dari segi pemakanan mahupun segi kebersihan. Menurut laporan daripada Polis Diraja Malaysia, 28.3% daripada pengemis yang ditahan ialah warga emas, malah terdapat warga emas yang hidup sebatang kara.
          Antara langkah yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan ialah menitikberatkan mata pelajaran Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral. Hal ini dapat memupuk dan meningkatkan kesedaran moral dalam kotak fikiran anak-anak Malaysia sekali gus menyedari mereka bahawa adalah tanggungjawab mereka untuk menjaga ibu bapa. Dengan itu, mereka akan  mentaati ibu bapa mereka sebagaimana ibu bapa menyayangi mereka sejak kecil lagi.
          Selain itu, badan-badan sukarela boleh menggalakkan warga tua untuk melahirkan potensi dan kemahiran mereka semula melalui Anugerah Emas Tokoh Warga Tua yang telah dianjurkan oleh Help Age International dan UNIMAS.  Badan-badan tersebut boleh menganjurkan rencaman pertandingan untuk merangsang minat untuk menunjukkan bakat mereka.
          Di samping itu, pihak kerajaan dan pihak swasta perlu memberi peluang kedua kepada warga emas yang sudah bersara dan berkebolehan untuk bekerja. Hal ini demikian kerana mereka lebih berpengalaman dan berkemahiran dapat memberi banyak manfaat kepada syarikat atau persatuan kita. Dengan pengambilan warga emas, rasa menghargai warga emas akan dipupuk dalam kalangan pemuda.
          Lagipun, pihak kerajaan perlulah mewajibkan setiap pengantin baru menghadiri kursus perkahwinan. Hal ini dapat memberi pendedahan kepada pengantin baru begitu pentingnya untuk menwujudkan keluarga bahagia. Mereka akan lebih memahami dan mengetahui tanggungjawab yang dipikul dalam sesebuah keluarga dan cara-cara untuk menangani masalah keluarga. Ekoran daripada itu, isu keluarga seperti pengabaian warga emas dapat dikurangkan.
          Manakala, pihak kerajaan perlulah memberi insentif dari segi pengurangan cukai pendapatan bagi anak-anak yang mengangkat tanggungjawab menjaga ibu bapa mereka yang tua. Hal ini dapat menggalakkan anak-anak menjaga ibu bapa mereka dan pada masa yang sama dapat membalas budi ibu bapa. Hal ini demikian kerana ibu bapa yang bersusah payah mendidik dan membesarkan kita sehingga kita berdikari sejak kecil lagi. Oleh itu, kita harus menjaga ibu bapa balik sebagai membalas budi ibu bapa semasa mereka tua dan uzur.

          Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama untuk meminumkan isu pengabaian warga tua agar kebajikan warga emas dapat dijaga.

Ulasan

Catat Ulasan