Kepentingan Televisyen

Soalan 5
Sungguhpun televisyen sering dikaitkan dengan pengaruh negatif, namun televisyen mempunyai peranannya yang tersendiri. Pada pendapat anda, apakah peranan televisyen?

Isi karangan:
     1.     Menyebarkan maklumat terkini dari dalam negara mahupun luar negara
     2.     Menyampaikan pengetahuan kepada orang awam
     3.     Memberi hiburan kepada masyarakat dalam bentuk yang termurah
     4.     Menyampaikan dasar-dasar kerajaan

Jawapan 
           Dalam era globalisasi ini, televisyen telah menjadi alat hiburan bagi seisi keluarga.Hal ini telah merangsang penubuhan stesen televisyen di negara kita dari semasa ke semasa sehingga dapat memuaskan hati setiap anak Malaysia tanpa mengira bangsa dan bahasa. Fakta ini telah memanifestasikan televisyen telah memainkan peranan penting dalam kehidupan rakyat Malaysia walaupun ciptaan telefon bimbit telah diperkenalkan ramai.
          Antara peranan yang dimainkan oleh televisyen ialah televisyen dapat menyebarkan maklumat terkini dari dalam negara mahupun luar negara. Melalui rancangan berita yang disiarkan di televisyen, kita dapat mendapat isu semasa seperti kes pengeboman di Jakarta, kes pencemaran akibat bauksit di Kuatan, Pahang dan banyak lagi.Hal ini dapat memudahkan kita mendapat informasi dengan cepat lagi tepat tanpa melalui isu yang berlaku di tempat kejadian.
          Selain itu, televisyen juga boleh menyampaikan pengetahuan kepada orang awam. Para pelajar pada hari ini dapat mengulang kaji pelajaran dengan menonton rancangan Astro Tutor TV manakala rakyat Malaysia juga dapat memperluas pengetahuan mereka tentang budaya dan adat resam yang terdapat di watan sendiri dengan menonton rancangan Majalah # yang disiarkan di TV3. Hal ini membuktikan bahawa pelbagai rancangan televisyen akan memberi pengetahuan dan pengalaman yang berbeza.
          Di samping itu, televisyen juga boleh memberi hiburan kepada masyarakat dalam bentuk yang temurah. Misalnya, rancangan lawak seperti Senario, Liga Lawak Superstar dan Raja Lawak Astro telah memberi kegembiraan kepada kita dalam kehidupan seharian. Sementara itu, kita juga dapat menyaksikan pertandingan menyanyi seperti Vokal, Mentor dan One in a Million untuk merasaikan kehebatan penyanyi berbakat tempatan.
          Tambahan pula, televisyen juga boleh menyampaikan dasar-dasar kerajaan. Melalui rancangan khas atau berita, rakyat dapat mengetahui rancangan dan pelan pembangunan negara. Dengan itu, kita boleh  memberi sokongan kepada pemimpin tempatan agar menjayakan dasar yang dirancang.
          Kesimpulannya, sesungguhpun telefon bimbit telah diperkenalkan dan menjadi alat keperluan di setiap seisi keluarga, namun televisyen masih mempunyai pengaruh yang besar untuk mengubah kehidupan rakyat jelata di Malaysia. Oleh itu,  stesen televisyen perlu bertanggungjawab atas rancangan yang disiarkan agar tidak menyiarkan rancangan yang berunsur negatif. Manakala, rakyat jelata di negara Malaysia perlu mengamalkan nilai buang yang keruh, simpan yang jernih agar tidak dipengaruh oleh budaya kuning yang ditayangkan di kaca televisyen.

Ulasan