Faedah Hobi

Soalan 2
Hobi penting dalam kehidupan kita. Pada pendapat saya, mengapakah setiap orang mesti mempunyai hobi?

Isi karangan:
1.  Hobi dapat menenangkan fikiran kita.
2.  Hobi dapat memanfaatkan masa lapang dengan kerja yang berfaedah
3.  Hobi dapat menambahkan ilmu seseorang
4.  Hobi dapat menyihatkan  badan seseorang

 


Jawapan 
          Hobi merupakan kegiatan yang kita lakukan pada waktu lapang. Ada orang yang menjadikan aktiviti mengambil gambar sebagai hobi mereka manakala ada orang yang suka mengumpul barang antik.
          Setiap orang harus mempunyai hobi kerana hobi akan menenangkan fikiran kita sekali gus meminumkan stres yang dihimpun disebabkan kerja yang dibuat sepanjang hari. Dengan itu, kita akan lebih waras semasa melakukan kerja rutin kita. Di samping itu, kita tidak akan melepaskan geram kita terhadap ahli keluarga kita sekali gus dapat mengelakkan konflik keluarga. Dengan kata lain, keluarga yang bahagia dapat diwujudkan.
          Hobi juga membolehkan kita memanfaatkan masa lapang dengan melakukan hobi yang kita sukai. Dengan itu, masa kita tidak akan disia-siakan begitu sahaja. Lagipun, kita juga dapat mengelakkan diri daripada terlibat dalam kancah sosial. Hal ini juga dapat mengurang kadar jenayah di negara kita sekali gus menghasilkan sebuah negara yang aman dan damai.
          Sesetengah hobi dapat memahami dan menghormati budaya kaum lain. Contohnya, melancong di merata-merata dapat membantu kita mengetahui dan mendalami budaya sesetempat kerana jauh perjalanan, luas pengalaman. Secara tidak langsung, kita juga tidak akan melakukan perkara yang melanggar adat resam orang lain semasa bergaul dengan orang. Tanpa disedari, kita dapat menjauhi konflik antara kaum dan mewujudkan masyarakat yang harmoni.
Tambahan pula, kita juga dapat memperoleh ilmu pengetahuan di luar bilik darjah melalui membaca buku yang banyak. Melalui membaca, kita dapat mengetahui perkara yang berlaku di seluruh dunia walaupun kita tidak melalui diri sendiri. Dalam masyarakat yang penuh saingan ini, ilmu pengetahuan merupakan senjata penting untuk berjaya di setiap bidang tak kira di mana-mana bidang.
Semetelahan, penglibatan dalam sesetengah hobi juga akan meyihatkan badan kita. Misalnya, bersenam sekurang-kurang tiga hari seminggu dapat membantu kita mengeluarkan toksid dari badan kita dan membantu pengaliran darah yang lebih lancar. Tambahan pula, bersenam selalu dapat mencergaskan badan kita selain kita dapat mengenali lebih banyak rakan.
Kesimpulannya, seseorang perlu mempunyai hobi yang berfaedah agar fikirannya dapat ditenangkan. Pada masa yang sama, masa dapat kita uruskan dengan optimum dan kesihatan kita dapat terjamin. Seterusnya, kita juga dapat menimba ilmu pengetahuan.


Ulasan

Catat Ulasan